|    Halaman Utama     |      Syarikat     |         Sijil       |        Rujukan      |        Produk       |     Hubungi    |


PRODUK UTAMA

Bahan Kimia Untuk Rawatan Air Kumbahan / Sisa Air

-    Coagulants, Agen pengentalan seperti Alum, PAC, Iron, Salts
-    Flocculants,untuk pembentukan mendakan seperti poliamina & poliacrilamida

-    Asid dan Alkali
-    Karbon Aktif untuk penyerapan warna dan bau

-    Bio-Nutrien
-    Filteration aids

Perniagaan syarikat kami yang utama ialah membekalkan kepakaran kimia dalam pemrosesan air iaitu rawatan air kumbahan untuk kilang perindustrian. Syarikat kami mempunyai pengetahuan inovatif dalam menentukan penggunaan bahan kimia yang bersesuaian dengan peranannya. sebagai contoh untuk menjernihkan air, coagulant yang biasa adalah sangat berkesan.

 

PENERANGAN PRODUK

Bahan Kimia Untuk Kumbahan Air
Pengawalan pH, pemecah emulsi, pemisah pepejal dan air, penyingkiran asid kromik, rawatan racun sianida, menanggalkan minyak dan gris, menanggalkan kotoran yang degil dan peningkatan aktiviti biologi.

Bahan Kimia Untuk Air Mentah
Pengawalan pH, Floculantion, Coagulation, Karbon Aktif dan Phosfat, Pengklorinan. Pengawalan lumpur (keladak) dan pengairan semula.

Pemprosesan Air
Pengawalan pH, mencegah karat dan kerak (keladak), mengawal aktiviti biologi, menghilangkan kerak, mineral semula dan pelembut.

 

LAIN LAIN AKTIVITI PASARAN (BAHAN KIMIA)

Cooling Water Treatment Chemicals
-    Corrosion inhibitor
-    Scale inhibitor
-    Dispersants
-    Biocides
-    On-line cleaning chemicals
-    Scale removal

Boiler Water Treatment Chemicals
-    Corrosion inhibitor
-    Scale inhibitor
-    Sludge dispersant & conditioner
-    On-line scale removal
-    Inhibited acid cleaning chemicals

Raw Water Treatment Chemicals
-    Coagulants e.g. alum, PAC
-    Flocculants e.g. polyamine, polyacrylamide
-    Acids & Alkalis
-    Chlorine powder

Swimming Pool Chemicals
-    Chlorine powder & tablets
-    Acids & Alkalis
-    Algaecides
-    Coagulants & flocculants

Specialty Chemicals
-
    Antistatics compounds
-    Surfactant (Sodium dioctyl sulfosuccinate)
-    Moisture absorbents e.g. silica gel

-     Fuel oil additive
-    Paint remover

 

PRODUK-PRODUK YANG BERMUTU TINGGI

KOAGEN
Satu rangkaian agen pengentalan yang telah diubahsuai dengan peningkatan kuasa tambahan.

ZTK B9
Pelbagai biosit untuk mengawal alga dan lendir di dalam system olahan penyejukan terbuka dan tertutup.

ZTK 102
Digunakan untuk mencegah kerak dan karat di dalam system olahan terbuka Formula digunakan terdiri daripada agen penguraian, polimer dan pencegah karat yang memberikan kesan yang sungguh menakjubkan.

ZTK C955, C960
Satu campuran pekat agen pemisah dan agen pengurai untuk menanggalkan lebihan kerak,besi oksida dan logam oksida di dalam system penyejukan air. Ianya sangat sesuai digunakan untuk system dimana pengkaratan terhasil akibat dari kegagalan system penyejukan. Ia juga dapat menghapuskan sebarang risiko yang disebabkan oleh pencucian asid. Dapat menjimatkan masa dan tenaga buruh apabila digunakan di dalam sebarang program pembersihan.

ZTK B70
Terdiri daripada biosit teroksida yang berguna untuk mengawal pembiakan bacteria dan alga di dalam industri olahan air. Ia merupakan agen pengklorinan dan menghasilkan sekurang-kurangnya 70% klorin dan ini adalah biosit yang paling berkesan dan ekonomi di pasaran sekarang.

ZTK 602
Cecair pencegah kerak dan karat yang terdiri daripada sodium nitrat dan sodium borat yang digunakan di dalam system penyejukan tertutup dan peredaran air sejuk. Ia tidak mengandungi kromat. Sangat berkesan walaupun oksigen dan udara dialirkan di dalam system olahan air. Mengelakkan kebanyakan logam dan tembaga dari berkarat. Namun begitu tidak berkesan pada aluminium.

HI-CHLON 70G
Sebatian serbuk putih yang mengandungi bahan utama iaitu lebih 70% kalsium hipoklorit Ca(CLO)2. Antara kegunaannya ialah membasmi kuman air dalam kolam renang, kebersihan awam,membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran, membasmi kuman dan menghilangkan bau busuk longkang serta penstrilan air minuman.

TALLOCIDE-50
Merupakan sejenis agen anti mikrob yang baru ditemui. Ianya dicipta khas untuk menyediakan satu permukaan aktif yang boleh membersih dan menembusi permukaan mikrob. Sangat berkesan dalam mengawal lendir yang dihasilkan oleh bacteria dan alga.

 

PRODUK PENCUCIAN

Pencuci Pinggan Mangkuk
Cecair pencuci pinggan mangkuk ini pekat, tidak menyebabkan karat serta lembut pada tangan. Ia dirumuskan khas untuk semua barang cucian seperti pinggan mangkuk, barang perak, periuk dan kuali. Bau yang harum dan tahap pH yang neutral (7-8) memudahkan kerja mencuci dan menghasilkan cucian yang sangat memuaskan terutamanya sangat mudah menanggalkan kesan minyak.

Pencuci Pakaian
Cecair pencuci pakaian beralkali ini boleh menanggalkan kotoran daripada pakaian serta memberi kesan sungguh harum dan bersih. Ianya dirumuskan untuk membuatkan pakaian berasa bersih dan selesa dipakai. Campuran bahan yang sesuai juga berkesan menanggalkan kotoran yang degil serta memelihara daya tahan dan warna pakaian. Sesuai untuk basuhan tangan dan mesin.

Pencuci Kereta
Cecair beralkali lembut yang memberi kesan kebersihan yang nyata. Pencuci yang tidak berbahaya, tidak terbakar, tidak menyebabkan pengaratan dan tidak merosakkan warna cat. Ia dirumuskan khas untuk pencucian yang berat seperti motorsikal dan kereta serta memberi bau yang harum.

Cecair Silikon
Formula yang dirumus untuk membersih, mengilat dan memelihara bahan sintetik, plastik, getah, kayu, dan kulit. Juga sesuai untuk mengilatkan tayar dan kasut.

Pelembut Pakaian
Dirumus untuk melembutkan semua jenis fabric pakaian dan digunakan pada cucian akhir. Ia membuatkan pakaian berbau segar dan harum, lembut serta licin bila dibauh. Sesuai untuk cucian tangan dan mesin.

Peluntur
Cecair pelbagai guna yang boleh membersih, membunuh kuman dan menanggalkan kotoran yang degil serta berbau harum pada permukaan lantai. juga sesuai untuk menanggalkan kotoran pada lantai berkilau.

Cecair Pencuci Tangan
Lotion pencuci yang lembut pada tangan dan mempunyai kesan pencucian yang berkesan. Sesuai digunakan dalam tandas dan kegunaan harian selepas melakukan sebarang aktiviti.

Powerful Grease Remover
Berkuasa tinggi dan berkesan untuk menanggalkan kotoran, gris, dan pelbagai minyak. Sangat sesuai untuk membersihkan penutup ekzos, penapis udara, lantai konkrit dan mesin. Sesuai dan selamat untuk permukaan keluli seta tidak mudah terbakar.

Pencuci Tingkap
Penyembur pelbagai guna untuk membersihkan permukaan kaca, tingkap, cermin dan TV. Produk ini merupakan campuran solvent dan detergen yang memberi haruman menarik.

Penyegar Udara dan Deodoran
Dirumus khas untuk menghilangkan bau dengan berkesan. Digunakan untuk menghilangkan bau asap rokok di dalam bilik atau di dalam kereta, menghilangkan bau dapur serta busuk yang disebabkan pereputan bahan organic.

Pencuci Tandas
Sangat berkesan dan mudah digunakan serta merupakan pencuci berasid yang tidak meruap. Mengandungi campuran asid mineral, agen pembersih, pencegah pengaratan dan pembasmi kuman yang dengan cepat dapat menanggalkan kotoran dan membunuh kuman.

 

 


  |    Halaman Utama     |      Syarikat     |         Sijil       |        Rujukan      |        Produk       |     Hubungi    |